Skip to main content

Fasa Kedua



Hidup di dunia ini penuh pancaroba, lebih banyak pekara yang kita tak suka berlaku dari yang kita suka. Keadaan bertambah rumit bila usaha-usaha yang dilakukan seperti tidak membuahkan hasil. Berfikiran positif merupakan amalan yang lebih mudah utk diungkap tetapi sukar untuk diamalkan.

Ini jalan aku pilih sebagai cara aku berfikiran positif. Amal ibadat & doa tetap ada, cuma bila langkah berbentuk duniawi. This is my way mengekspresi diri. Tiada jawapan sampai bila ia akan bertahan.

Cerita Fasa Kedua…

Tahun lepas 19 Januari, 2016 aku mula berjinak dengan Lego. Yelah masa kecil dahulu mana mampu hendak merasa semua itu. Ditambah pula teringin berkongsi minat bersama anak-anak. Masuk bulan April semakin terasa bahang dari segi kewangan. Aku cuba jenama tiruan (walaupun tak semurah mana) tetapi “feel” dia sangat berbeza.

Cerita hidup semakin menarik, idea timbul untuk melakukan sesuatu yang dapat membantu menambah kewangan dan dalam masa yang sama turut membantu aku utk menambah koleksi.

Lego? Aku langsung tiada pengalaman untuk menjana pendapatan. Aku mula melihat kembali koleksi lama “diecast” aku sebelum ini. Why not, kenapa tidak aku menjual sebahagian dari koleksi yang aku ada sebelum ini. Kena pulak ada member yang berniaga di Flea Market, Amcorp Mall.

Sedikit demi sedikit aku koleksi “lama” aku jual. Sampai satu ketika hati aku terdetik, kenapa aku sendiri yang tidak menjual? Apa kurangnya aku? Tiada keyakinan diri? Kurang pengalaman?

Aku yang tanpa mentor, bekalan cuma doa dan usaha. Aku bawa masuk stok dari Jepun. “Start small, hurts small” Itu falsafah yang aku pegang. Aset utama aku adalah “AMANAH & KEJUJURAN”. Keuntungan boleh datang kemudian. Apa yang penting “lesson is learned from experience”.

Alhamdulillah, usaha membuahkan hasil. Duit yang diperolehi dibuat pusingan modal. Pada mulanya dengan bantuan isteri dan ayah sendiri. Sekarang dah tidak perlu lagi. Cuma masih sukar mengimbang antara sifat seorang “collector” atau “reseller”

Penyesalan tetap wujud, pengorbanan koleksi “lama” sebagai “tapak asas” koleksi baru menjadi igauan setiap kali teringat. Apakan daya, kita cuma manusia Allah penentu segalanya, semoga masa boleh membantu memberi kematangan dalam pengorbanan yang telah dibuat.

Comments

Popular posts from this blog

Senarai Tomica Premium

Biasa dengan Tomica Limited? Dulu Tomica Limited ni under TakaraTomy (sebelum itu Tomy). Kemudian TakaraTomy menghentikan pengeluarannya, diganti dengan Tomica Premium pada tahun 2015. Manakala Tomica Limited dijadikan lebih eksklusif, dijenamakan semula pada sekitar 2004 sebagai Tomica Limited Vintage (Bagi model sebelum 1970’an) dan pada 2006 Tomytec (anak syarikat TakaraTomy) mengeluarkan Tomica Limited Vintage-NEO (bagi model penghujung 1970’an ke-atas). Bezanya sekarang Tomica Premium tidak menggunakan tayar getah seperti Tomica Limited yang dahulu, sebaliknya menggunakan acuan plastik (2 bahagian). Ini turut menjadikan ia berbeza antara Tomica “Regular” dan “Premium”. Tomica Premium yang dikeluarkan dari kilang Vietnam ini, bukan setakat hanya membuat model kereta, tetapi turut membuat model kapalterbang, kereta kebal dan satelit. Mungkin kerana itu,6 model pertama dikeluarkan menunjukkan kebolehan produksi kilang tersebut. Berikut adalah senarai lengkap Tomica Premium. TOMICA PR...

Setahun 10 bulan dan 17 hari kemudian...

Aku dah lupa berapa kali aku tangguh. Dari posting pertama 2010 last posting 2017. Jahanam. Apa-apa pun sentiasa renew semangat kita, dengan penuh harapan. HAHAHA Untuk up-date terbaru. Aku dah close business , sekarang aku tumpukan 100% pada pengumpulan koleksi. Lagi senang macam ni. Setidak-tidaknya aku boleh kejar model-model yang aku kehendakkan. Aku ada instagram https://www.instagram.com/diekastergarage/ kat situ lebih mudah aku up-date . Cuma takde la teks yang panjang-panjang. Tapi takpe aku cuba juga pos kat sini. Aku sekarang dah limitkan koleksi terbaru aku kepada jenama tertentu. Seperti yang korang tahu jenama berskala 1:64 sudah melimpah dipasaran. Macam semua nak buat 1:64 dan macam semua sibuk nak jual kereta kecik . Tak mengapa, mudah-mudahan trend ini kekal momentumnya. Mudah pengeluar utk mendapat lesen-lesen terbaru. Kalau Hot Wheels aku tumpukan kepada real riders & metal/metal. Tomica pula aku tumpukan kepada Tomica Premium, kadang-kadan...

Tomica Limited Vintage-NEO

Kali ini aku posting mengenai koleksi Tomica Limited Vintage - NEO keluaran Tomytec. Kalau tak silap, TLVN pertama yang dibeli adalah LV-N48c dan LV-65a. Sayangnya kedua model tersebut telah dijual walaupun ada 3 unit setiap satu. Kalau ikutkan dah kaya aku sekarang. Silap betul aku jual kesemuanya. Dari model-model tersebut aku mula menambah sikit demi sedikit, seperti semua sedia maklum bahawa model TLVN ni harganya agak premium harganya. Ini koleksi kotak "biasa" TLVN, ada lagi koleksi yang tersimpan, model-model Nissan GT-R yang kotaknya lain dari yang biasa. Buat masa ini Tomytec begitu agresif mengeluarkan model-model favourite yang membuat rasa sangat teruja. Honda Civic Type-R EK9, Mazda RX-7 FD3S dan paling dinanti-nantikan Lancer Evolution IV, V dan VI. Harap-harap Tomytec keluarkan semua model Lancer Evolution lengkap. Tak sabar rasa tunggu apa yang bakal Tomytec produce pada masa hadapan. Aku end-up berjaya dapatkan juga Honda Civic EG6 ini, iaitu mode...