Aku dah lupa berapa kali aku tangguh. Dari posting pertama 2010 last posting 2017. Jahanam. Apa-apa pun sentiasa renew semangat kita, dengan penuh harapan. HAHAHA
Untuk up-date terbaru. Aku dah close business, sekarang aku tumpukan 100% pada pengumpulan koleksi. Lagi senang macam ni. Setidak-tidaknya aku boleh kejar model-model yang aku kehendakkan.
Aku ada instagram https://www.instagram.com/diekastergarage/ kat situ lebih mudah aku up-date. Cuma takde la teks yang panjang-panjang. Tapi takpe aku cuba juga pos kat sini.
Aku sekarang dah limitkan koleksi terbaru aku kepada jenama tertentu. Seperti yang korang tahu jenama berskala 1:64 sudah melimpah dipasaran. Macam semua nak buat 1:64 dan macam semua sibuk nak jual kereta kecik. Tak mengapa, mudah-mudahan trend ini kekal momentumnya. Mudah pengeluar utk mendapat lesen-lesen terbaru.
Kalau Hot Wheels aku tumpukan kepada real riders & metal/metal. Tomica pula aku tumpukan kepada Tomica Premium, kadang-kadang 4D atau Disney "High-Hat". Tomytec TLV Neo (tertentu). Setakat itu sahaja. Jenama yang lain itu bergantung pada minat.
Ini sahaja setakat ini. Dari meja "Player One", Adios

Comments
Post a Comment