Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2019

Koleksi Baru 28 Jun '19 Selamat Datang Premium F&F

Akhirnya merasa juga HW Premium Fast & Furious Mix pertama, walaupun aku tak mampu nak beli satu set. Ada Silvia S15 dah kira cukup bagi aku dan sebagai bonus nak cukupkan import, aku sumbat lagi 2 model yang buat hati berkocak dari Mix kedua. Silvia S15 Han's dalam Tokyo Drift ini telah dipinjamkan kepada hero cerita ini yg kemudian dijahanamkan oleh dia. Itu latarbelakang kereta ini. Walaupun takde orang kisah pun tapi bagi peminat S15 mcm aku yang melompat bila S15 masuk siri Fast & Furious. Ini sgt mengujakan! Dengarnya model Silvia S15 akan muncul lagi pada set Car Culture Street Tuners yang akan release bulan Ogos nanti. Kita bertenang sahaja, dengan harapan jerung-jerung pemenggal kepala pandang sejuk model S15 ini.

Senarai Tomica Premium

Biasa dengan Tomica Limited? Dulu Tomica Limited ni under TakaraTomy (sebelum itu Tomy). Kemudian TakaraTomy menghentikan pengeluarannya, diganti dengan Tomica Premium pada tahun 2015. Manakala Tomica Limited dijadikan lebih eksklusif, dijenamakan semula pada sekitar 2004 sebagai Tomica Limited Vintage (Bagi model sebelum 1970’an) dan pada 2006 Tomytec (anak syarikat TakaraTomy) mengeluarkan Tomica Limited Vintage-NEO (bagi model penghujung 1970’an ke-atas). Bezanya sekarang Tomica Premium tidak menggunakan tayar getah seperti Tomica Limited yang dahulu, sebaliknya menggunakan acuan plastik (2 bahagian). Ini turut menjadikan ia berbeza antara Tomica “Regular” dan “Premium”. Tomica Premium yang dikeluarkan dari kilang Vietnam ini, bukan setakat hanya membuat model kereta, tetapi turut membuat model kapalterbang, kereta kebal dan satelit. Mungkin kerana itu,6 model pertama dikeluarkan menunjukkan kebolehan produksi kilang tersebut. Berikut adalah senarai lengkap Tomica Premium. TOMICA PR...

Tomica Limited Vintage-NEO

Kali ini aku posting mengenai koleksi Tomica Limited Vintage - NEO keluaran Tomytec. Kalau tak silap, TLVN pertama yang dibeli adalah LV-N48c dan LV-65a. Sayangnya kedua model tersebut telah dijual walaupun ada 3 unit setiap satu. Kalau ikutkan dah kaya aku sekarang. Silap betul aku jual kesemuanya. Dari model-model tersebut aku mula menambah sikit demi sedikit, seperti semua sedia maklum bahawa model TLVN ni harganya agak premium harganya. Ini koleksi kotak "biasa" TLVN, ada lagi koleksi yang tersimpan, model-model Nissan GT-R yang kotaknya lain dari yang biasa. Buat masa ini Tomytec begitu agresif mengeluarkan model-model favourite yang membuat rasa sangat teruja. Honda Civic Type-R EK9, Mazda RX-7 FD3S dan paling dinanti-nantikan Lancer Evolution IV, V dan VI. Harap-harap Tomytec keluarkan semua model Lancer Evolution lengkap. Tak sabar rasa tunggu apa yang bakal Tomytec produce pada masa hadapan. Aku end-up berjaya dapatkan juga Honda Civic EG6 ini, iaitu mode...

Setahun 10 bulan dan 17 hari kemudian...

Aku dah lupa berapa kali aku tangguh. Dari posting pertama 2010 last posting 2017. Jahanam. Apa-apa pun sentiasa renew semangat kita, dengan penuh harapan. HAHAHA Untuk up-date terbaru. Aku dah close business , sekarang aku tumpukan 100% pada pengumpulan koleksi. Lagi senang macam ni. Setidak-tidaknya aku boleh kejar model-model yang aku kehendakkan. Aku ada instagram https://www.instagram.com/diekastergarage/ kat situ lebih mudah aku up-date . Cuma takde la teks yang panjang-panjang. Tapi takpe aku cuba juga pos kat sini. Aku sekarang dah limitkan koleksi terbaru aku kepada jenama tertentu. Seperti yang korang tahu jenama berskala 1:64 sudah melimpah dipasaran. Macam semua nak buat 1:64 dan macam semua sibuk nak jual kereta kecik . Tak mengapa, mudah-mudahan trend ini kekal momentumnya. Mudah pengeluar utk mendapat lesen-lesen terbaru. Kalau Hot Wheels aku tumpukan kepada real riders & metal/metal. Tomica pula aku tumpukan kepada Tomica Premium, kadang-kadan...