Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2017

Fasa Kedua

Hidup di dunia ini penuh pancaroba, lebih banyak pekara yang kita tak suka berlaku dari yang kita suka. Keadaan bertambah rumit bila usaha-usaha yang dilakukan seperti tidak membuahkan hasil. Berfikiran positif merupakan amalan yang lebih mudah utk diungkap tetapi sukar untuk diamalkan. Ini jalan aku pilih sebagai cara aku berfikiran positif. Amal ibadat & doa tetap ada, cuma bila langkah berbentuk duniawi. This is my way mengekspresi diri. Tiada jawapan sampai bila ia akan bertahan. Cerita Fasa Kedua… Tahun lepas 19 Januari, 2016 aku mula berjinak dengan Lego. Yelah masa kecil dahulu mana mampu hendak merasa semua itu. Ditambah pula teringin berkongsi minat bersama anak-anak. Masuk bulan April semakin terasa bahang dari segi kewangan. Aku cuba jenama tiruan (walaupun tak semurah mana) tetapi “feel” dia sangat berbeza. Cerita hidup semakin menarik, idea timbul untuk melakukan sesuatu yang dapat membantu menambah kewangan dan dalam masa yang sama turut membantu aku utk menambah ...

Fasa ke-2 - Sejarah bermula...

*Kemaskini 2019 Hampir 2 tahun posting ni. Hari ini cerita tentang sejarah hidup aku sebagai pengumpul model 1:64 dan 1:43. Koleksi aku bermula dengan jenama Tesco (dibuat oleh RealToy) sekitar tahun 2010. Kalau dikirakan minat mengumpul bermula sejak tahun 80-an tetapi itu bukan duit sendiri dan koleksi tersebut hilang dalam edaran masa. Cukup aku nyatakan minat ini disemai oleh ayahku sendiri. Fasa Pertama 2010: Pada mulanya aku sekadar menambah keseronokan semasa membeli-belah barang dapur di Tesco. Jadi, setiap kali aku ke Tesco, setiap kali itu jugalah koleksi bertambah. Setelah beberapa ketika, pilihan model-model Tesco mulai terhad. Aku pun memanjangkan senarai koleksi ke Hot Wheels kemudian Matchbox dan Tomica. Apabila sudah mula mengumpul model-model berjenama, kawasan “hunting" jugak mula beralih dari Tesco ke Jusco(Aeon), Parkson, Isetan, 7-Eleven dan di mana sahaja asal ada stok Hot Wheels, Matchbox. Operasi meng”hunting" ni yang jadi mangsa adalah teman sepe...