Akhirnya merasa juga HW Premium Fast & Furious Mix pertama, walaupun aku tak mampu nak beli satu set. Ada Silvia S15 dah kira cukup bagi aku dan sebagai bonus nak cukupkan import, aku sumbat lagi 2 model yang buat hati berkocak dari Mix kedua. Silvia S15 Han's dalam Tokyo Drift ini telah dipinjamkan kepada hero cerita ini yg kemudian dijahanamkan oleh dia. Itu latarbelakang kereta ini. Walaupun takde orang kisah pun tapi bagi peminat S15 mcm aku yang melompat bila S15 masuk siri Fast & Furious. Ini sgt mengujakan! Dengarnya model Silvia S15 akan muncul lagi pada set Car Culture Street Tuners yang akan release bulan Ogos nanti. Kita bertenang sahaja, dengan harapan jerung-jerung pemenggal kepala pandang sejuk model S15 ini.
"Restarted Dream" semenjak 2010