Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2010

Posting 2010 - Koleksi awal.

*Kemaskini Entri 2019 - Mana ada manusia baru lahir terus berlari. Aku mula mengutip koleksi kereta kecik ini bermula dengan jenama Tesco (lebih tepat adalah jenama RealToy) sebab Tesco repack semula menggunakan jenamanya sendiri. Sementara tunggu isteri yang sibuk membeli barang dapur tu aku pun merewang di bahagian lain dan terjumpa model-model idaman kalbu. Terlupa mana satu yang aku beli. Tak mahal mana pun, bawah RM5 sahaja. Jadi setiap kali aku menemani isteri aku membeli barang dapur. Aku akan menjenguk ke bahagian mainan. Sampailah pilihan model-model Tesco makin terhad pilihannya, aku mula membesarkan pilihan ke jenama-jenama utama seperti Hot Wheels dan Matchbox. Mahal sikit up-grade , sebab ini bukan zaman 80'an ketika harga masih murah. Pada masa ini aku mulai menyinggah di tempat-tempat berpotensi menjual Hot Wheels atau Matchbox.